1. Pergi ke DMZ
DMZ adalah singkatan untuk Demilitarized Zone yang merujuk pada kawasan yang memisahkan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Ia dianggap sebagai sempadan paling berbahaya di dunia.
Kalau anda nak pergi, jangan lupa bawa bukti pengenalan diri yang sah seperti pasport. Kalau nak ambil gambar pun sila hati-hati sebab bukan semua tempat yang dibenarkan ambil gambar. Silap-silap haribulan…
Alamat: 148-53, Imjingak-ro, Munsan-eup, Paju-si, Gyeonggi-do
Offical Website: http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_ENG_2_2.jsp
Kos: All Fees Listed Here
2. Kunjungi Camp Greaves DMZ Experience Center
Camp Greaves merupakan pangkalan Askar USA paling lama di mana askar Amerika ni pernah berpengkalan di situ sejak perjanjian gencatan senjata Perang Korea.
Sekarang ia merupakan ruang virtual serta menjadi lokasi penggambaran drama Korea paling femes ‘’Descendants of the Sun’’.
Jika anda teringin sangat nak rasa camana hidup sebagai seorang askar, inilah tempatnya!
Antara aktiviti yang disediakan:
- Pakai uniform askar, tali pinggang peluru dan beret… Serta anda boleh juga fefeeling jadi Yoo Si-Jin. Anda boleh ronda-ronda sekitar lokasi dan ambil gambar.

- Anda juga boleh buat rantai askar untuk kenang-kenangan (setiap askar wajib ada rantai ni sebagai pengenalan diri).

Alamat: 137, Jeoksipja-ro, Gunnae-myeon, Paju-si, Gyeonggi-do
Official Website: http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=2376049
Kos: 14,000 won (RM50)
3. Berseronok di Everland, Disneyland versi Korea Selatan
Ha kat Korea pun ada Disneyland tau, tapi ia dipanggil Everland. Dikunjungi seramai 7.3 juta pengunjung setiap tahun, Everland merupakan taman tema terbesar di Korea Selatan.
Macam-macam benda yang boleh anda buat kat sini. Budak-budak pun seronok. lebih-lebih lagi jika mereka peminat cerita dongeng.
Alamat: 199 Everland-ro, Pogog-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do, South Korea
Offical Website: http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=26423
Kos: Dewasa 47,000 won (RM180); Kanak-Kanak 37,000 won (RM140)
4. Kunjungi Pocheon Herb Island (setiap hari pun Krismas)
Herb Island seperti namanya, sebuah pulau yang penuh dengan herba-herba Mediterranean. Selain daripada lepak-lepak enjoy persekitaran yang cantik, anda juga boleh pergi ke muzium herba, pusat aromaterapi, restoran herba, kedai roti herba dan banyak lagi. Pendek kata semua yang berasaskan herba lah. Best tau!
Masa terbaik untuk menikmati keindahan Herb Island adalah semasa musim panas, di mana anda boleh melawat keliling pulau tersebut untuk separuh hari dan ada juga persembahan kebudayaan tempatan.
Tapi, jika anda pergi masa musim sejuk pun, masih ada lokasi menarik di Herb Island iaitu terowong cinta di Santa Land. Ada lebih 300 Patung Santa dan setiap hari dipanggil Hari Krismas sebab lepas 5.30 petang, mereka akan menyalakan semua dekorasi krismas yang terdapat di sana. Meriah lip lap lip lap.
Alamat: 35, Cheongsin-ro 947beon-gil, Sinbuk-myeon, Pocheon-si, Gyeonggi-do
Official Website: http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1051901
Kos: 6,000 won (RM23)
5. Melawat Petite France – French Culture Village
Petite France (쁘띠프랑스) adalah pusat peranginan bertemakan Perancis di mana terdapat 16 bangunan bersenibina ala Perancis. Anda boleh menginap di situ dan menikmati kehidupan seperti orang Perancis. Bonjour Monsieur!
Alamat: 1063, Hoban-ro, Cheongpyeong-myeon, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do
Website: http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=815994
Kos: 8,000 won (RM30)
6. Memakai Hanbok di Hwaseong Fortress

Hwaseong merupakan sebuah kubu terbesar yang terletak di kawasan Suwon. Keluasannya adalah 6m tinggi dan 5.7km panjang. Woah gempak tu!
Hwaseong Fortress ini terkenal sebagai salah satu tempat paling bersejarah dari abad ke-18 dan diiktiraf sebagai UNESCO World Culture Heritage pada tahun 1997.

Peminat Korea mesti tahu yang Drama “大长今” tu sebenarnya dirakam di sini. Kalau anda merancang untuk ke Korea, pastikan anda masukkan sekali aktiviti memakai Hanbok dan mengambil gambar. Tak sah kalau datang ke Korea, tapi tak pakai Hanbok ya!
Alamat: 825, Jeongjo-ro, Paldal-gu, Suwon-si, Gyeonggi-do
Kos: 1,500 won (RM5.50)
7. Korean Folk Village
Korean Folk Village telah dibuka pada Oktober 1974 sebagai sebuah muzium terbuka dan tempat tarikan pelancong . Disebabkan lokasinya yang dekat dengan Seoul, ia menjadi salah satu tempat terkenal sebagai kampung lama Korea, walaupun kampung-kampung yang di luar bandar mungkin lebih asli dari segi feel-nya.
Di Folk Village, anda boleh melihat dan mengalami sendiri tradisi masyarakat Korea yang masih mereka amalkan dari zaman nenek moyang. Selain itu terdapat juga tempat yang menjual makanan Korea dari pelbagai daerah, kraftangan serta macam-macam lagi yang dibuat sendiri di situ.
Alamat: 90 Minsokchon-ro, Giheung-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do
Website: http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264121
8. Dreamy Camera Cafe di Yangpyeong, Korea Selatan.
Dream Camera Café adalah sebuah kedai kopi yang dibina sebiji seperti kamera filem Rolleiflex Mini yang popular pada tahun 1950.
Pemilik kedai kopi ini (suami isteri Pak Seong Hwan dan Kwak Myeong Hwee) mula mendapat ilham nak buat kafe macam ni, 10 tahun lepas, semasa mereka baru saja dapat anak perempuan.
Jika anda pergi melawat ke kafe ini, Pak dan Kwak akan memberikan anda sehelai kertas dan minta anda tuliskan 5 impian yang anda teringin sangat nak capai. Jadi sambil anda minum kopi, anda akan memikirkan mengenai kehidupan anda secara santai. Relaks, jangan stress. Lepas tu, Pak akan mengambil gambar kertas tersebut dalam dua salinan. Satu untuk dilekatkan di kafe dan satu lagi untuk anda bawa balik. Ha secara tak langsung ia akan merangsang anda untuk mencapai impian yang ditulis tu!
Alamat: 341-13, Jung-won-ri, Yongmun-myeon, Yangpyeong-gun, Gyeonggi-do
Website: Dreamy Camera Cafe
9. Onemount
Onemount adalah satu lokasi yang menempatkan pelbagai aktiviti dalam satu masa. Di Onemount, terdapat pusat membeli-belah, taman salji, taman air, kelab sukan mewah (untuk ahli sahaja) serta pelbagai acara dan persembahan yang diaturkan sepanjang tahun. Onemount Snowpark juga merupakan taman tema musim sejuk pertama di Korea yang dibina di dalam kompleks. Jadi kalau anda melawat Korea masa musim panas pun, boleh je main salji di Onemount J
Alamat: 300 Hallyuwoldeu-ro, Daehwa-dong, Ilsanseo-gu, Goyang-si, Gyeonggi-do, South Korea
Website: http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1864552